Indonesian
Friday 24th of November 2017
code: 82292
Ku merinduimu Ya Haidar

Salam Alaika ya Abu Thurab!

Selamat datang malam duka ...

Selamat datang malam kelabu ...

Selamat datang duhai bencana ...

Selamat datang duhai gulana ...

Selamat jalan wahai kekasih Allah

Selamat jalan wahai kekasih Rasulullah

Selamat jalan wahai kekasih Putri Rasulullah

Selamat jalan wahai putra Abu Thalib

Selamat jalan wahai putra Kabah

Selamat jalan wahai Singa Allah

Selamat jalan wahai pembela Islam


dimalam 19 Ramadhan para malaikat berkumpul

isak tangis terdengar dikegelapan kufah

seluru yatim piatu kufah kini kehilangan bapaknya

Darah Amirul mukminin kini tertumpah

Kumerindukanmu ya Haidar...


Amiral Mukminin Ali (as) adalah merupakan anak kepada Abu Tolib sheikh Bani Hashim, bapa saudaranya Rasulullah (saww) yang telah memelihara dan menjaga Rasulullah (saww).Di rumahnya lah Rasulullah (saww) dibesarkan dan dia sentiasa mempertahankan Rasulullah (saww) dari kejahatan orang-orang kafir Arab khususnya Quraish selepas Rasulullah (saww) dilantik menjadi Rasul sehinggalah beliau menghembuskan nafas terakhir.

Ali (as) mengikut riwayat yang mahsyur,telah lahir 10 tahun sebelum perlantikan Rasulullah (saww) menjadi Rasul.Selepas Beliau (as) berumur 6 tahun, telah berlaku persengketaan dan permusuhan di Makkah,oleh kerana itu Rasulullah (saww) telah mencadangkan kepada pakciknya Abu Tolib (as) untuk menjaga Imam Ali (as).Maka Imam Ali (as) telah berpindah daripada rumah ayahnya ke rumah sepupunya, Rasulullah (saww).Beliau (as) dibesarkan dibawah jagaan dan didikan Rasulullah (saww) sendiri. Selepas beberapa tahun, Rasulullah (saww) telah dilantik dengan anugerah kenabian dan pertama kalinya wahyu sampai kepada Baginda (saww) adalah di Gua Hira’.Kemudian Baginda (saww) meninggalkan gua dan pulang ke rumah.Di rumah, Baginda (saww) telah menceritakan peristiwa tersebut dan Imam Ali as. telah beriman kepadaNya.Dan juga dalam satu majlis dimana Rasulullah (saww) telah mengumpulkan sanak saudara dan keluarganya dan telah berdakwah kepada mereka kepada Agama Allah.Rasulullah (saww) telah bersabda : Sesiapa yang paling awal menerima dakwahku ini, maka dia akan menjadi khalifah, wasi dan penolongku.Satu-satunya yang berdiri dan menyatakan keimanan adalah Imam Ali (as) dan Rasul Mulia (saww) telah menerima iman Beliau (as) dan mengesahkan janji-janji Baginda berkenaan dengan Beliau (as).Oleh kerana itu, Imam Ali as. adalah yang pertama beriman dan merupakan orang pertama yang tidak pernah menyembah Tuhan selain ALLAH swt.

Ali (as) mempunyai peranan penting dalam hijrah Rasulullah (saww) dari Makkah ke Madinah.Ketika malam hijrah, orang-orang kafir telah mengepung rumah Rasul (saww) dan telah membuat keputusan, pada akhir malam untuk masuk ke dalam rumah Baginda (saww) dan membunuh Rasulullah (saww) semasa sedang tidur.Maka, Imam Ali (as) telah tidur di katil Rasulullah (saww) menggantikan Baginda (saww) , dan Rasulullah (saww) telah keluar daripada rumah dan bergerak ke Madinah.

Di Madinah juga Beliau (as) merupakan pembantuNya Rasulullah (saww). Baginda (saww) tidak pernah mengenepikan Imam Ali (as), malah telah memberikan satu-satunya putri kesayangan Baginda (saww), Fatimah (sa) kepada Imam Ali (as) untuk dinikahi.Dan ketika akad persaudaraan antara sahabat-sahabatNya, Baginda (saww) telah memilih Imam Ali (as) sebagai saudaranya.Imam Ali (as) menyertai semua perang yang dihadiri dan disertai Rasulullah (saww) kecuali perang Tabuk dimana Rasulullah (saww) telah meletakkan Imam Ali (as) di Madinah sebagai pengganti ketika ketiadaanNya.Imam (as) tidak pernah lari dari sebarang perang,dan tidak pernah menentang arahan dan perintah Rasul (saww) dimana Rasulullah (saww) telah bersabda : Tidak akan pernah berpisah Ali daripada Hak dan hak daripada Ali. Umur Ali (as) ketika kewafatan Rasulullah (saww) adalah 33 tahun dan beliau memiliki semua kelebihan-kelebihan dalam agama dan adalah yang terbaik dikalangan sahabat-sahabat Rasul (saww), namun dengan alasan Beliau (as) masih lagi muda dan kerana dendam manusia disebabkan tumpahnya darah keluarga-keluarga mereka di dalam perang-perang Beliau (as) bersama Rasulullah (saww), maka, Imam (as) telah disisih dan diketepikan dari kekhalifahan.Beliau selama 25 tahun zaman kekhalifahan 3 khalifah, selepas kewafatan Rasulullah (saww) , telah berkhidmat mendidik manusia dan selepas terbunuhnya khalifah ketiga, rakyat telah membaiat Beliau (as) dan melantiknya sebagai khalifah.

Kekhalifahan Imam Ali (as) lebih kurang selama 4 tahun 6 bulan dan Beliau (as) memerintah mengikut jalannya Rasul (saww).Dan ketika zaman kekhalifahannya, Imam membawa gerakan dan reformasi bagi pembaikan ummah, Namun pembaikan ini, bagi faedah sebahagian pihak merupakan satu kemudharatan dan kesusahan, maka disebabkan itu, muncullah sebahagian sahabat seperti Ummul Mukminin Aisyah, Talhah, Zubair, dan Muawiyah yang menggunakan kematian khalifah ketiga sebagai dalih untuk membangkang dan menentang Imam (as) serta mencipta peperangan dan penentangan.

Imam Ali (as) bagi memadamkan api fitnah, peperangan dengan Ummul Mukminin Aisyah, Talhah dan Zubair berdekatan dengan Basrah yang terkenal dengan nama perang Jamal, perang lain dengan Muawiyah di sempadan Iraq dan Syam yang mahsyur dengan nama perang Siffin dan perang ini telah berterusan selama 1 tahun setengah, serta peperangan dengan Khawarij di Nahrawan yang terkenal dengan nama perang Nahrawan.Maka, disebabkan ini, banyak urusan Imam (as) pada masa kekhalifahannya adalah untuk menyelesaikan masalah perpecahan dalaman dan masa berlalu, satu subuh, pada hari ke 19 bulan Ramadhan, tahun 40 hijrah, di masjid Kufah, Imam (as) telah dipukul oleh seorang Khawarij ketika sedang solat dan Imam (as) telah syahid pada malam ke21 bulan Ramadhan .

Amiral Mukminin Ali (as) tidak mempunyai kekurangan dalam kesempurnaan seorang Insan, yang telah dibuktikan oleh sejarah dan diakui tidak kira oleh sahabat atau musuh.Dan Beliau (as) merupakan satu contoh kesempurnaan Islam yang telah dididik oleh Rasulullah (saww). Perbahasan-perbahasan berkenaan sahsiah dan peribadinya dan kitab-kitab yang telah ditulis tidak ada seperti yang menceritakan Beliau (as) tidak kira dari kalangan syiah,sunni,pengkaji-pengkaji atau dari pihak-pihak lain.

Ilmu dan pengetahuan Ali (as) adalah yang terhebat dan terbaik berbanding sahabat-sahabat Rasulullah (saww) dan orang-orang Islam yang lain.Beliau merupakan orang Islam pertama yang menerangkan ilmunya berasaskan dalil-dalil dan logik serta memperkenalkan falsafah dalam membahaskan Makrifah Ilahi (Mengenal Tuhan) dan telah juga bercakap tentang batinnya Al-Quran. Dan juga bagi memelihara lafaz Al-Quran, Beliau (as) telah memperkenalkan undang-undang bahasa Arab malah Beliau (as) merupakan yang paling petah dan fasih bahasa Arab dalam ucapan-ucapan dan khutbah-khutbahnya.Ali (as) ketika zaman Rasulullah (saww), juga zaman selepas Baginda (saww) telah menyertai semua perang. Imam (as) adalah lambang keberanian dan sesekali tidak pernah muncul ketakutan atau kegetaran dalam dirinya. Berulang kali di dalam perang seperti perang Uhud, Hunain, Khaibar dan Khandak dimana sahabat-sahabat Rasulullah (saww) dan tentera-tenteranya telah tergugat atau gentar atau ada yang melarikan diri daripada peperangan, namun Beliau (as) tidak pernah sesekali melarikan dari daripada musuh, dan tidak pernah sesekali terjadi bahawa seseorang dari tentera musuh yang berhadapan dengannya untuk terlepas dengan selamat. Namun dengan kesempurnaan kekuatan ini, Imam tidak pernah membunuh yang tidak berupaya atau memburu yang melarikan diri atau mengambil kesempatan secara tersembunyi dan tidak pernah sesekali menyekat air daripada musuh.

Imam Ali (as) pada tahun 40 hijrah, di bulan Ramadhan yang mulia,pada malam ke-19 telah dipukul dan kemudian telah syahid pada malam ke-21.Imam (as) dengan seluruh kewujudannya dan dengan ikhlas telah memelihara kesucian agama ALLAH, ti swt. tidak pernah Beliau (as) mengecapi kesenangan terutamanya ketika hari-hari dimana pemerintahan dengan keadilan berada dalam keadaan bahaya yang tidak ada tandingannya.

Akhirnya, menjelang subuh, 19 Ramadhan 40 H, ketika sedang solat di masjid Kufah, kepala beliau ditebas dengan pedang beracun oleh Abdurrahman bin Muljam. Menjelang wafatnya, pria sejati ini masih sempat memberi makan kepada pembunuhnya. Singa Allah, yang dilahirkan di rumah Allah "Ka'bah" dan dibunuh di rumah Allah "Mesjid Kufah", yang mempunyai hati paling berani, yang selalu berada dalam didikan Rasulullah s.a.w sejak kecilnya serta selalu berjalan dalam ketaatan pada Allah hingga hari wafatnya, kini telah mengakhiri kehidupan dan pengabdiannya untuk Islam.

Beliau memang telah tiada namun itu tidak berarti seruannya telah berakhir, Allah berfirman: "Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah (bahwa mereka itu) mati, bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup tetapi kamu tidak menyedarinya." (Q.S:2:154)


Rasulullah (saww) telah menganggap Imam Ali (as) dan diri Baginda (saww) sendiri sebagai dari sebuah pohon dan Baginda (saww) telah bersabda : Aku dan Ali adalah ayah kepada Ummah ini,Aku adalah kota ilmu dan Ali merupakan pintunya.


Wasiat Amiral Mukminin Ali (as)
Thabari dalam Tarikh dan Abu Alfar Ishfahani dalam Maqatiluth tholibiyyin telah menyertakan surat wasiat Amiral Mukminin Ali (as). Surat wasiatnya adalah begini .

Ini adalah surat wasiat Ali Bin Abi Tholib.Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain ALLAH swt. dan Muhammad (saww) adalah hamba dan RasulNYA dimana Baginda (saww) telah diutuskan membawa hidayah dan agama yang Hak serta menyempurnakan semua agama walaupun tidak disukai oleh orang-orang musyrik.Solat, ibadah, hidup dan matiku adalah untuk ALLAH swt. yang tidak ada sekutu bagiNYA, Tuhan sekelian alam.Aku telah dipertanggungjawab begini dan aku merupakan seorang muslim.

Aku menasihatkan kamu berdua, Hassan dan Husain (as) untuk bertaqwa kepada ALLAH swt. Janganlah mengejar dunia sekalipun mungkin dunia itu sendiri mengejar kamu dan janganlah sesekali kecewa apabila kehilangan sesuatu dari dunia.Jangan mengatakan sesuatu kecuali yang hak dan lakukan sesuatu untuk pahala, untuk akhirat.Bermusuhlah dengan yang zalim dan bantulah yang dizalimi.

Aku menasihatkan kamu berdua,semua anak-anak dan keluargaku serta sesiapa sahaja yang surat wasiatku ini sampai ke tangannya (membacanya), untuk bertaqwa kepada ALLAH swt., untuk mengurus urusan dan kerja kamu secara tertib dan teratur serta jagalah persepaduan atau hubungan baik antara sesama kamu.Kerana aku telah mendengar daripada Rasulullah (saww) yang bersabda :Memperbaiki perselisihan lebih baik daripada seluruh solat dan puasa, janganlah bermusuhan kerana ia akan menjadi punca mundurnya agama dan lemah kecuali dengan meminta bantuan daripada ALLAH swt. Perliharalah hubungan kekeluargaan dengan keluarga kamu, ziarah menziarahi mereka dimana Tuhan akan meringankan hisab ka atas kamu.

Bertaqwalah kepada ALLAH dan ingatlah ALLAH berkenaan urusan anak yatim.Jangan biarkan mereka kelaparan supaya kamu tidak jatuh ke lembah kehinaan, kerana aku telah mendengar daripada Rasulullah (saww) yang bersabda : Sesiapa yang menjaga seorang anak yatim sehingga dia tidak memerlukan apa-apa lagi (lengkap), maka Tuhan telah mewajibkan baginya syurga.Dan sesiapa yang memakan harta anak yatim, maka Tuhan akan mewajibkan baginya neraka.

Bertaqwalah kepada ALLAH, Bertaqwalah kepada ALLAH berkenaan urusan Al-Quran sehingga tidak ada orang harus melebihi kamu dalam beramal dengannya.

Bertaqwalah kepada ALLAH berkenaan urusan jiran tetangga, lindungilah mereka dimana ini adalah sunah-sunah para nabi.

Bertaqwalah kepada ALLAH, Bertaqwalah kepada ALLAH, Bertaqwalah kepada ALLAH berkenaan urusan Rumah Tuhan kamu [Kaabah].Jangan tinggalkan ia selama kamu hidup, kerana apabila [Kaabah] itu ditinggalkan, kamu tidak akan selamat.

Bertaqwalah kepada] ALLAH, [Bertaqwalah kepada] ALLAH berkenaan urusan solat.Peliharalah solat kerana ia merupakan amalan yang terbaik dan tiang agama kamu.

Bertaqwalah kepada] ALLAH, Bertaqwalah kepada ALLAH berkenaan urusan zakat kerana ia dapat memadamkan kemarahan ALLAH swt.

Bertaqwalah kepada ALLAH, Bertaqwalah kepada ALLAH berkenaan urusan jihad , dengan harta dan nyawa kamu di jalan ALLAH

Tidaklah selain daripada ini dimana dua Imam berjihad dijalan Allah, Imam yang memberi hidayah dan seorang yang mentaatinya dan megikut hidayahnya.

Bertaqwalah kepada ALLAH, Bertaqwalah kepada ALLAH berkenaan urusan zuriyat Nabimu (saww).Peliharalah mereka dan jangan sesekali membiarkan kezaliman ke atas mereka, berlaku di hadapan kamu.

Bertaqwalah kepada ALLAH, Bertaqwalah kepada] ALLAH berkenaan urusan sahabat-sahabat Nabi (saww) yang tidak melakukan bid’ah dan yang tidak menolong melakukannya, kerana Rasulullah (saww) telah menasihatkan mereka dan pembuat bid’ah daripada mereka dan yang melindungi mereka akan dilaknat.

Bertaqwalah kepada] ALLAH, Bertaqwalah kepada ALLAH berkenaan urusan faqir dan miskin, jadikan mereka sebahagian daripada hidup kamu (bantu mereka).


Kemudian Imam Bersabda
Solat, solat. Janganlah takut kepada celaan pencela, Tuhan akan mencukupi kamu dari perbuatan jahat mereka yang menzalimi kamu. Bercakaplah dengan ucapan yang baik kerana Tuhan yang memerintahkan demikian.Jangan meninggalkan Amar Ma’ruf Nahi Mungkar kerana Tuhan yang memerintahkan demikian dan yang akan menghakimi kamu.Ketika mana kamu berdoa tetapi doa itu tidak termakbul.Kamu hendaklah sentiasa menghormati persahabatan dan menafkahkan untuk orang lain.Jauhkan [sikap] saling menjauhkan diri antara satu sama lain dan memutuskan hubungan.Bantu-membantulah dalam kerja baik dan mulia dan jangnlah bersama-sama dalam membuat dosa dan kejahatan.Kerjakan tuntutan Tuhan kerana Balasan Tuhan itu susah dan berat.Aku mendoakan supaya Tuhan peliharalah keluarga dan keturunan kamu dan meletakkan kamu disisi dan makam Nabi dan menyerahkan kamu kepada ALLAH swt. yang merupakan sebaik-baik pemelihara.Semoga salam, rahmat dan berkah Ilahi bersama kamu.

Seorang lelaki telah bertanya kepada Amirul Mukminin (as) : Aku akan bertanya kepadamu 4 perkara. Imam Ali (as) bersabda : Tanyalah walaupun 40 perkara. Lelaki itu kemudian berkata :

1)Apakah yang wajib dan apakah yang paling wajib?

2)Apakah yang dekat dan apakah yang paling dekat?

3)Apakah yang ajaib/aneh dan apakah yang paling ajaib dan aneh?

4)Apakah yang sukar dan yang paling sukar?


Imam Ali (as) menjawab :

1)Perkara yang wajib adalah taat kepada ALLAH swt dan yang paling wajib adalah meninggalkan dosa.

2)Yang dekat adalah Hari Kiamat dan yang paling dekat adalah kematian.

3)Perkara yang ajaib dan aneh adalah dunia dan yang paling aneh darinya adalah cintakan dunia.

4)Yang sukar itu pula adalah kubur dan yang paling sukar adalah pergi kepada kubur tanpa bekalan.

Rasulullah (saww) telah bersabda :

"Barang siapa yang ingin hidup seperti hidupku, mati seperti matiku dan menempati surga 'Adn yang telah Tuhanku khususkan untukku, maka hendaknya ia berwilayah kepada Ali dan walinya serta mengikuti jejak para Imam setelahku. Karena mereka adalah 'itrahku. Mereka diciptakan dari tanah asal ciptaanku. Mereka telah dianugerahi kepahaman dan ilmu yang luas. Celakalah orang-orang yang membohongkan keutamaan mereka dan memutuskan hubungan denganku dengan mencampakkan mereka. Semoga Allah tidak memberikan syafa'atku kepada mereka".(http://www.arridha.com)

user comment
 

latest article

  Kajian sekilas tentang Ayat Ghadir
  Selandia Baru Negara Paling Sesuai dengan Keislaman Islam
  Imam Ali as dimata Ibnu Taymiyah
  Keajaiban Istighfar Dalam Kehidupan Dunia
  Belajar dari Keadilan Imam 'Ali
  Al-Husein, Inspirator Revolusioner Dunia
  Peran Perempuan dalam Kebangkitan al-Husein as (Bagian Pertama)
  Pesan Pahlawan-pahlawan Kecil Karbala Idola Kita (Bagian Terakhir)
  Sejarah Imam Ali AS (Bagian 3)
  Aksi Simpatik Muslim Inggris Memperkenalkan Imam Husain as di London