Indonesian
Saturday 25th of March 2017
code: 81505
BIOGRAFI IMAM HASAN ASKARI (1)



Pada 8 Rabiul Akhir tahun ke 232 Hijrah, telah lahirlah seorang bayi lelaki dari keturunan pohon cahaya Rasulullah SAW. Bayi tersebut dilahirkan di Kota Madinah al-Munawwarah oleh seorang ibu yang bernama Hadisah. Orang ramai di sekitar Kota Madinah al-Munawwarah bergembira kerana kelahiran seorang putera yang sangat indah. Mereka beramai-ramai menziarahi rumah Hadisah untuk melihat wajah bayi tersebut.

Di saat kelahiran bayi tersebut, bapanya yaitu Imam Ali Hadi as telah menyambut anak kesayangannya lalu diazankan di telinga kanan dan diiqamahkan di telinga kiri. Beliau sangat gembira di atas kelahiran zuriatnya yang suatu hari kelak akan mewarisi kepimpinannya. Imam Ali Hadi as percaya anaknya kelak akan menjadi seorang pemimpin besar yang disegani semua. Oleh kerena bayi tersebut sungguh indah, maka Imam Ali Hadi as menamakan anaknya Hasan. Demi untuk menyatakan kesyukuran ke hadrat Ilahi, Imam Ali Hadi as telah mengadakan majlis akikah untuk anak kesayangannya itu. Majlis tersebut diadakan pada hari ketujuh kelahiran Imam Hasan Askari as. Pada hari tersebut keluarga Imam Hasan Askari as telah menyembelih seekor kambing gurun dan menjemput penduduk Madinah al-Munawwarah menjamu selera. Pada hari tersebut bapa Imam Hasan Askari as juga telah mencukur rambut anaknya. Rambut tersebut ditimbang dan diganti dengan harga seberat perak lalu disedekahkan kepada fakir miskin.
.
       Nama sebenar beliau ialah Imam Hasan Askari bin Imam Ali Hadi bin Imam Muhammad Jawad bin Imam Ali Redha bin Imam Musa Kazim bin Imam Ja’far Shadiq bin Imam Muhammad Baqir bin Imam Ali Zainal Abidin bin Saidina Husain Bin Saidina Ali k.wh. bin Abi Thalib bin Abdul Muthalib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qushai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Lu’i bin Ghalib bin Fahr bin Malik bin Nadar bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilias bin Mudhar bin Nizar bin Ma’ad bin Adnan bin ‘Add bin Humaisi’ bin Salamam bin Auz bin Buz bin Qamwal bin Ubai bin ‘Awwam bin Nasyid bin Haza bin Bildas bin Yadlaf bin Tabikh bin Jahim bin Nahisy bin Makhi bin Aid bin ‘Abqar bin ‘Ubaid bin Ad-Da’a bin Hamdan bin Sanbir bin Yathrabi bin Yahzin bin Yalhan bin Ar’awi bin Aid bin Desyan bin Aisar bin Afnad bin Aiham bin Muksar bin Nahits bin Zarih bin Sami bin Wazzi bin ‘Adwa bin Aram bin Haidir bin Nabi Ismail a.s. bin Nabi Ibrahim a.s. bin Azar bin Nahur bin Saru’ bin Ra’u bin Falikh bin Abir bin Syalikh bin Arfakhsyad bin Sam bin Nabi Nuh a.s. bin Lamik bin Matul Syalakh bin Nabi Idris a.s. bin Yarid bin Mahlail bin Qinan bin Anwas bin Syits bin Nabi Adam a.s..

         Imam Hasan Askari as dibesarkan dan dididik di bawah naungan ayahnya yang terkenal dengan ilmu, kezuhudan dan mulia akhlaknya. Semasa Imam Ali Hadi as diundang Khalifah al-Mutawakil supaya bermukim di kem tentera Samarra’, Imam Hasan Askari as menyertai rombongan ayahnya. Sepanjang bersama ayahnya, Imam Hasan Askari telah dididik dengan berbagai ilmu. Ayah beliau ingin memastikan anaknya itu akan mewarisi ilmu, akhlak dan kepimpinan selepas kematiannya kelak.

       Syeikh al- Mufid mengatakan,

       “Abu al-Qasim Ja’far bin Muhammad bin Ya’qub menuturkan kepadaku daripada Ali bin Muhammad daripada Muhammad bin Ahmad al-Nahdi dari pada Yahya bin Yasar al-Anbari mengatakan bahawa Imam Ali Hadi as telah mewasiatkan kepimpinan kepada puteranya Imam Hasan Askari as, empat bulan sebelum beliau meninggal dunia dengan disaksikan Yasar (orang kepercayaan Imam Ali Hadi as) dan beberapa pemimpin lain.”

       “Syeikh al-mufid juga meriwayatkan,

       “Abu al-Qasim Ja’far bin Muhammad meriwayatkan kepadaku daripada Muhammad bin Ya’qub dari pada Ali bin Muhammad daripada Ja’far bin Muhammad al-Kufi dari Yasar bin Ahmad al-Bashri daripada Ali bin Amr al-Naufali mengatakan bahawa dia berada bersama-sama Imam Ali Hadi as duduk di ruang tengah rumah beliau lalu datanglah seorang anak Imam Ali Hadi as yang bernama Muhammad. Ali bin Muhammad pun bertanya kepada beliau, adakah Muhammad yang akan menjadi pemimpin sesudah Imam Ali Hadi kelak?”

       Imam Ali Hadi as menjawab, “Bukan dia. Pemimpin sesudahku adalah Hasan Askari as.”

       Seterusnya Syeikh al-Mufid meriwayatkan,

       “Abu al-Qasim Ja’far bin Muhammad menyampaikan kepada saya daripada Muhammad bin Ya’qub daripada Ali bin Muhammad daripada Muhammad bin Ahmad al-Qalanisi daripada Ali bin al-Husain bin Amr daripada Ali bin Mahziyar mengatakan bahawa dia pernah bertanya kepada Abu al-Hasan as (gelaran Imam Ali Hadi as), jika terjadi sesuatu kepada beliau yang saya berlindung dari perkara tersebut, kepada siapakah kepimpinan akan Imam Ali Hadi as serahkan?”

       Imam Ali Hadi menjawab, “Saya serahkan kepada putera saya yang paling tua, yaitu Hasan Askari as.”

       Semenjak kecil Imam Hasan Askari as telah melihat sendiri bagaimana pihak kerajaan memusuhi ayahnya. Malahan ayah beliau yaitu Imam Ali Hadi as telah dipenjarakan dan akhirnya telah diracun di zaman pemerintahan Khalifah al-Mu’taz. Semenjak kecil lagi Imam Hasan Askari as sudah memahami situasi politik di zaman tersebut. Sebab itulah zaman kanak-kanaknya telah dihabiskan dengan mendalami ilmu Al-Quran dan ilmu ketuhanan. Ketika kanak-kanak lain sibuk bermain, Imam Hasan Askari sibuk membaca Al-Quran dan beribadah kepada Allah SWT. Pernah teman sepermainan mengajak beliau bermain bersama, namun, beliau menolak dengan baik kerana beliau yakin perjuangannya meneruskan perjuangan datuk moyangnya masih belum selesai dan tanggungjawab yang akan dipikul sangat berat sekali. Salah seorang teman permainan Imam Hasan Askari as pernah menghampiri beliau dan berkata,

       “Bagaimana jika saya belikan anda barang mainan supaya anda bisa bermain.” Imam Hasan Askari as menolak penawaran temannya dengan berkata,

       “Saya dilahirkan bukan hanya untuk bermain.” Temannya merasa heran lalu bertanya lagi,

       “Jika begitu untuk apa anda dilahirkan?”

       “Saya dilahirkan untuk mempelajari ilmu dan menyembah Tuhan Yang Maha Esa.” Jawab Imam Hasan Askari as.

       “Dari mana anda mengetahui?” Tanya anak tersebut. Imam Hasan Askari as menjawab,

       “Dari Al-Quran sebagaimana Allah SWT. berfirman:

       “Adakah kamu mengira bahawa kamu diciptakan secara sia-sia?”[1] anak tersebut sangat kagum dengan jawaban Imam Hasan Askari as lalu berkata,

       “Walaupun anda masih kanak-kanak tetapi anda masih tidak mempunyai dosa.”

       Semakin hari nama Imam Hasan Askari as semakin disanjungi masyarakat kerana keilmuan dan akhlaknya yang mulia. Ke mana saja beliau pergi pasti orang ramai akan tunduk, tanda hormat dan tidak kurang juga yang ingin bertanyakan berbagai persoalan agama. Malahan sehingga musuh Imam Hasan Askari as terpaksa akur dengan keilmuan yang dimilikinya. Antara musuh utama Imam Hasan Askari as ialah Ahmad bin Abdullah bin Khaqan. Ketika penduduk Qom sedang menyebut-nyebut tentang keperibadian Imam Hasan Askari as, namun, Ahmad bin Abdullah bin Khaqan masih membenci dan memusuhi Imam Hasan Askari as. Walaupun begitu dia pernah mengatakan,
.
       “Aku belum pernah melihat seorang alim seperti Imam Hasan Askari as. Suatu hari beliau telah datang berjumpa ayahku. Ayahku telah memerintahkan para pengawal mempersilakan beliau masuk menghadap. Kemudian ayahku mengajak beliau ke musalla (tempat solat). Mereka berdua berbincang manakala ayahku begitu menghormatinya. Ketika beliau ingin meminta izin untuk pulang, ayahku mengikutinya dari arah belakang. Melihat sikap ayahku tersebut lantas aku pun mempersoalkannya. Namun, ayahku berkata, “Wahai anakku, beliau adalah imam bagi pengikut yang mencintai Ahlul Bait Rasulullah SAW. Sekiranya kekhalifahan ini terjatuh dari tangan Bani Abbas, nescaya tiada orang lain yang lebih berhak mendudukinya selain beliau. Ini karena beliau memiliki kemuliaan, kezuhudan dan keperibadian yang tinggi. Ayahpun selama ini sering bertanya berbagai masalah kepadanya. Manakala orang ramai sering menyebut bahwa beliau mempunyai keramat.” Kemudian Abdullah bin Khaqan mengatakan,
       “Aku belum pernah melihat orang yang sangat tinggi ilmu, mulia akhlak, cerdas pemikiran dan fasih dalam ucapan kecuali Imam Hasan Askari as.
.
ASKARI

       Ketika Imam Hasan Askari as dipaksa tinggal dalam kem tentera di Samarra’ beliau senantiasa diawasi dari masa ke semasa. Setiap minggu beliau terpaksa melaporkan diri di pejabat pemerintah manakala setiap hari Senin dan hari Khamis, beliau akan menghadap Khalifah. Pergerakan Imam Hasan Askari as ketika itu sangat terbatas. Beliau tidak dibenarkan untuk bertemu dengan pengikutnya apalagi berdakwah maupun mengajar. Sebab itulah beliau digelar ‘Askari’ karena askari dalam Bahasa Arab bermaksud tentera.

       Kehadiran beliau ke istana sering menarik perhatian orang ramai. Setiap jalan ke istana dipenuhi dengan orang ramai, keledai, unta, kuda dan binatang tunggangan yang lain. Ketika Imam Hasan Askar as melalui tempat tersebut suara orang ramai yang riuh rendah terus menjadi sunyi sepi. Suara binatang juga tidak kedengaran. Binatang tunggangan yang memenuhi jalan tiba-tiba ke tepi memberi laluan. Begitulah juga ketika Imam Hasan Askari as meminta izin untuk pulang dari istana dan ketika para pengawal mengumumkan kepulangan beliau, orang ramai akan mengerumuni unta yang ditunggangi Imam Hasan Askari as manakala binatang tunggangan yang memenuhi jalan memberi ruang kepada beliau sehingga beliau pulang dengan selamat. Melihat keadaan tersebut, khalifah menjadi marah lalu mengarahkan supaya menangkap siapa saja yang memberi penghormatan kepada Imam Hasan Askari as. Semenjak kejadian tersebut ramai pengikut Imam Hasan Askari as telah ditangkap dan dipenjarakan. Setelah itu Imam Hasan Askari as telah menasihatkan pengikutnya supaya tidak lagi menghormatinya sebagaimana sebelum ini. Beliau meminta mereka bersabar dan sentiasa berdoa semoga Allah SWT. memberkati dan memberi balasan yang baik ke atas pengikutnya yang setia.

       Salah seorang pengikut Imam Hasan Askari as yang bernama Ja’far bin Halabi menceritakan,

       “Suatu hari semasa Imam Hasan Askari as ingin menghadap ke Istana Khalifah, kami beramai-ramai menanti beliau di sepanjang jalan. Namun, Imam Hasan Askari as berkata, hendaknya tiada seorang pun antara kalian yang secara terang terangan menghormati saya. Tidak pula ada yang memberi isyarat tangan tanda hormat, karena anda semua tidak akan merasa tentram atas perbuatan anda tersebut.”

       Imam Hasan Askari as adalah seorang pemimpin yang berakhlak mulia lagi dihormati. Cahaya keimanan dan ketakwaan terpancar di wajah beliau sehingga orang ramai memandangnya dengan penuh harapan. Penduduk setempat mengetahui kedudukan dan kemuliaan yang dimiliki Imam Hasan Askari as. Beliau telah mencapai drajat kemuliaan yang tiada bandingnya. Karena itu mereka berlomba-lomba untuk mendekatinya dan bersalaman dengannya. Imam Hasan Askari as juga mempunyai sifat yang sangat terpuji. Setiap kali beliau memulai ucapan, para pendengar akan merasa kagum. Perkataan beliau sungguh bersastra dan jelas. Keputusan beliau sungguh adil. Ilmu senantiasa memancar dari setiap sisi. Hikmah senantiasa meluncur dari segenap arah. Beliau telah membebaskan diri dari kemewahan dan keduniaan. Beliau sering beribadah di malam hari sambil menangis, sering bertafakur dan sangat dermawan. Walaupun beliau mempunyai kedudukan yang tinggi, namun beliau bersifat sederhana. Penduduk setempat merasa aman apabila berdamping dengan Imam Hasan Askari as. Beliau kelihatan sering tersenyum yang menampakkan gigi laksana untaian mutiara. Beliau sangat memuliakan ahli agama dan sering berdamping dengan orang miskin. Sehinggakan orang yang gagah sekalipun kalah dengan ketegasannya manakala orang yang lemah tidak akan berputus asa terhadap keadilan yang beliau miliki. Kemuliaan Imam Hasan Askari as bertepatan dengan namanya yang bermaksud baik dan elok. ayah beliau menamakan Hasan bertepatan dengan nama cucunda Rasulullah SAW. yaitu Saidina Hasan bin Saidina Ali k.wh., penghulu para pemuda syurga.

       Imam Hasan Askari as mempunyai berbagai gelar.Antaranya:

    Khalish, bermaksud orang yang sentiasa mengikhlaskan diri;
    Hadi, bermaksud pemberi petunjuk ke jalan yang lurus;
    Askari, karena ditempatkan di kem tentera;
    Zaki, karena kepintaran dan kecerdikan yang dimiliki;
    Siraj, karena bermaksud sinaran cahaya yang menerangi alam; dan
    Taqi, bermaksud amat takwa kepada Allah SWT.

DERMAWAN

       Salah satu sifat Imam Hasan Askari as yang diketahui ramai ialah beliau seorang yang sangat dermawan. Beliau sentiasa membantu fakir miskin dan membahagikan harta kepada mereka. Muhammad bin Ali bin Ibrahim bin Imam Musa Kazim bin Ja’far Shadiq meriwayatkan,
       “Suatu ketika keluargaku kehabisan uang, manakala pekerjaan sangat sukar untuk diperolehi. Lalu ayahku berkata, “Apakata jika kita berjumpa orang yang bernama Imam Hasan Askari as dan kita meminta bantuan daripadanya.”

       “Adakah anda mengenalinya?” Tanyaku. ayahku menjawab, “Tidak, aku belum mengenalinya dan belum pernah berjumpa dengannya.” Kemudian kami pun bersiap sedia untuk bertemu dengan Imam Hasan Askari as. Di pertengahan jalan bapaku berkata, “Alangkah baiknya jika beliau memberiku 500 Dirham. Yang mana 200 Dirham boleh digunakan untuk membeli pakaian dan 200 Dirham lagi boleh digunakan untuk membeli makanan. Selebihnya boleh digunakan untuk membeli keperluan harian.” Aku pula berkata, “Alangkah baiknya jika beliau memberiku 300 Dirham. Yang mana 100 Dirham boleh aku beli seekor keldai 100 Dirham lagi boleh aku gunakan untuk membeli keperluan seharian. 100 Dirham lagi boleh aku membeli pakaian untuk ke Baghdad.” Ketika kami sampai di rumah Imam Hasan Askari as, pembantu beliau menghampiri kami dan berkata, “Dipersilakan Ali bin Ibrahim serta anaknya Muhammad masuk ke dalam.”
.
       Ketika kami berjumpa Imam Hasan Askari as dan setelah memberi salam beliau berkata kepada ayahku, “Wahai Ali, kenapa tidak dari dulu anda datang ke sini?” Ayahku menjawab, “Sebenarnya kami merasa malu untuk bertemu Tuan.”
       Setelah menyatakan hasrat, kami pun meminta izin untuk pulang. Ketika itu pembantu beliau menghampiri kami dan berkata, “Ambillah uang ini sebanyak 500 Dirham. 200 Dirham untuk membeli pakaian. 200 Dirham untuk membeli makanan dan manakala 100 Dirham lagi untuk keperluan harian. Kemudian pembantu tersebut menghampiriku sambil berkata, “Ambillah uang sebanyak 300 Dirham ini. 100 Dirham untuk membeli seekor keldai. 100 Dirham untuk membeli pakaian manakala 100 Dirham lagi untuk keperluan harian. Kemudian setelah itu pergilah ke Baghdad.” Aku dan ayahku melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Imam Hasan Askari as dan tidak lama kemudian aku pun menuju ke Baghdad dan di sana aku telah mendapat pekerjaan yang baik.”

BERKELANJUTAN!!....

user comment
 

latest article

  Apakah dalam surga juga terdapat perjalanan menuju kesempurnaan?
  Apakah metode filsafat jauh lebih mengakar ketimbang metode agamis?
  Mengapa muncul aliran-aliran filsafat? Apa saja aliran filsafat Islam itu?
  Apakah peranan akal dalam agama Islam? Apakah mungkin Islam dapat hadir dalam kehidupan manusia tanpa peran ...
  Allah Mahapencipta segalanya, tapi apakah ada satu hal yang tidak ingin allah ciptakan. Apakah itu?
  Menjalani Hidup dengan Iman
  Meraih Cinta Ilahi Melalui Zikir
  Doktor Fathimah Thabathabai Mengisahkan Tentang Imam Khomeini ra (2)
  BANGSA YATIM PIATU
  IHSAN